Bantahan penduduk Lebuhraya_Skim_Penyuraian_Trafik_Johor_Bahru_Timur

Tujuh penduduk kampung yang terlibat membuat bantahan kerana mereka dipindahkan , dipisahkan oleh lebuh raya dan pampasan yang tidak memuaskan. Datuk Shahril Abdul Samad yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) , ahli Parlimen Johor Baharu dan Majlis Tertinggi UMNO menuntut penjelasan daripada pihak kontraktor dan arkitek pembinaan. Sepatutnya mereka diberi rumah yang selesa dan luas sesuai dengan konsep Wilayah Pembangunan Iskandar.

Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman berjanji 2932 penduduk setinggan termasuk 600 penduduk yang benar-benar tinggal di jajaran lebuh raya akan diberi perumahan baru. 2932 unit rumah pangsa kos rendah bernilai RM283 juta diutamakan kepada penduduk 8 kampung terlibat. Kampung yang dikenalpasti ialah Kampung Desa Jaya, Desa Melayu, Desa Makmur, Kampung Tengah, Kampung Belatik, Kampung Tok Siak, Kampung Hajah Hasnah serta Kampung Bakar Batu.

Kerajaan Johor menerusi Jabatan Perumahan Negara juga memperuntukkan RM300 juta bagi membina 2,720 unit rumah pangsa kos rendah bagi 2,720 orang keluarga setinggan di Skudai Kiri dan sekitarnya. Rumah pangsa itu seluas tanah seluas 25.6 hektar di Sungai Melana, Tampoi dan dijangka siap 2010.[1]